Terima kasih kerana menjadi guru Quran ku
mengajar alif ba ta
Berlenggok berlagu walAu tak tau Makna
Iqra perintah nya
Khatamjuga akhirnya aku
Terimakasih jadi abahku
Iman Akhlak dan pekerti jadi dinn mu
Bertahun ku cari guru
Terabaraba
Tidak berani dibacanya BUKU
Kerana katanya syaitan menunggu
Beratnya bellenggu
Jahil guru mengabdi ummat
Dibangga Martabat susur galur guru
Bukan RisalahNya yang diutama
TerIma kasih hamka
Walau Tafsir azhar berjela jela
Merangkak rangkak Aku dibuatnya
Menjadi pelita kegelapan penjara
Lukisan QUTB mengganti pandangan Tanpa jendela
Menjumpai guru dimanamana
Terima kasih ustaz Peter Dick
Sunatullah yang dipanggil fizik
Dibongkar rahsia alam
Begitu lojik Dan saintifik
Terima kasih silembu dungu
Berguru aku dengan mu
Perihal susu Dan belulang
Lihatlah bumigersang Dan air hujan kataNYa
Mati jadi hidup jadi mati berulang-ulang
Belajarlah dari semut
Tiada diniaganya ayat Dan sabda
Tiada dimintanya upah
Tiada dimintanya hormat Dan darjat
Dan yang diajar itu benar
Tidak dipesong tidak dihad
Terimakasih Alberto Dan Mustaffa
guru quranku DI Istanbul Dan habana
Kau tunjukkan sejarah tamadun
Tanpa darjat Dan serban
Hanya HISTORIDOR ambil upah tanpa menjual ayatnya
Terimakasih pagi Dan malam
Terimakasih bulan Dan bintang
Terimakasih sekelian insan
Jadi guru quranku
Bersyukur aku kerana bimbinganNya
Dilindungi aku dari yang direjam
Dibuka mata hati diberi ilmu
Diberi bebas dare bellenggu guru
Dimudahkan seperti dijanji
0 comments:
Post a Comment